| KARNIVAL SUKAN DC : BADMINTON |
Kemaskini
Perlawanan telah dilangsungkan dengan jayanya melibatkan 4 pasukan yang mewakili semua fasa di DC (fasa DC 1 menghantar 2 pasukan).
Juara : DC 2
N/Juara : DC 1 (Team A)
Ke 3 : DC 3 (Alamanda)
*Insya Allah, semua hadiah kepada pemenang akan disampaikan pada Majlis Makan Malam Tahunan DECOREAS.
Tahniah.
********
BADMINTON - TARIKH TUTUP : 18/06/2009
Seperti telah dimaklumkan melalui Notis Makluman di Surau Al-Hidayah atau portal DECOREAS, tarikh tutup penyertaan Badminton adalah hari ini 18/06/2009. Pohon kepada semua ketua pasukan (setiap fasa) agar dapat serahkan Borang Penyertaan selewatnya esok.
Perlawanan agar diadakan di Sports Planet pada 21/06/2009 mulai pukul 9.00 pagi. Dipohon semua pemain dapat hadir dalam masa ditetapkan. Jadual pertandingan akan dikeluarkan kemudian dan dibentang dalam Mesyuarat Ketua-ketua Pasukan yang akan diadakan nanti. Sekian.
|
cupin on June 18 2009 09:08:09
Read More ·
3 Comments ·
27 Reads ·
|

| PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN : REMAJA DC VS REMAJA SAUJANA |
Kemaskini : Keputusan perlawanan - Remaja DC 8 - Remaja Saujana Utama 5.
Perlawanan diadakan dalam 3 tempoh masa iaitu masa 1 (45 min), masa 2 (30 min) dan masa 3 (30 min). Tahniah ke atas pasukan Remaja DC atas kemengan berkenaan.
*********
Perlawanan persahabatan ini akan diadakan pada 13/06/2009 bertempat di Pdg Elmina, pada pukul 8.00 pagi. Moga anak2 DC dapat tunjukkan permainan yang baik dan penuh kesukanan. Warga DC yang ada kelapangan, dijemput menyaksikan perlawanan berkenaan. |
cupin on June 12 2009 15:36:45
0 Comments ·
5 Reads ·
|

| KARNIVAL SUKAN : PERTUKARAN TARIKH PERTANDINGAN |
Pihak Biro Sukan ingin memaklumkan pertukaran tarikh pertandingan 2 acara yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu :
KAROM : TARIKH BARU - 05/07/2009 (AHAD)
FUTSAL : TARIKH BARU - 26/07/2009 (AHAD)
* Pembetulan tarikh di banner
SEPAKTAKRAW : TARIKH SEBENAR - 08-09/08/2009 (SABTU & AHAD)
Pertukaran adalah disebabkan masalah peralatan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Maaf dari pihak Biro.
|
cupin on June 09 2009 10:48:59
0 Comments ·
8 Reads ·
|

| STATUS TERKINI PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DESA AMAN(COALFIELDS) |
22-Mei-2009. Persatuan Penduduk Desa Coalfields hari ini menerima satu berita yang mengembirakan apabila dimaklumkan oleh MOE melalui surat bertarikh 22 Mei 2009 (KP.BPP.(S).P00102/010/0093/10) yang menyatakan bahawa MOE telah melantik kontraktor pada 13 Mei 2009 bagi membangunkan sekolah yang dinanti-nantikan sekian lama.
Kontraktor yang telah dilantik adalah Pembinaan Suriamas Sdn.Bhd. DECOREAS juga turut dimaklumkan bahawa tarikh jangka siap adalah pada 12-Ogos -2010. Setelah segala usaha dilakukan, saya berharap apa yang dirancangkan akan berjalan mengikut jadual dan selebihnya saya berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT. Sila klik pada "read more" untuk membaca salinan surat tersebut. |
Fitri on May 23 2009 00:48:07
Read More ·
5 Comments ·
124 Reads ·
|

| PROGRAM MOTIVASI |
| AHAD 17-MEI-2009, Program/Majlis Motivasi telah berjaya diadakan pada hari ini dengan jayanya oleh Biro Pendidikan Desa Coalfields. Program ini telah dihadiri oleh 56 orang pelajar dan turut disertai oleh para ibubapa. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En Amin Idris. Rata-rata ibubapa berpuas hati dengan program ini dan minta ianya diadakan dengan lebih kerap lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. |
Fitri on May 18 2009 08:37:40
2 Comments ·
55 Reads ·
|
|
 |
| PENDUDUK TERUS TERSEKSA |
HARIAN METRO; 15-May-2009
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my
SUNGAI BULOH: Tiada jalan penyelesaian. Itulah situasi hampir 1,000 penduduk Desa Coalfields di sini apabila masalah pencemaran bau najis ayam dari ladang berhampiran masih gagal ditangani walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.
Walaupun sudah banyak kali isu itu dibawa ketengah serta beberapa siri lawatan daripada pelbagai jabatan dan pihak berkuasa, namun masalah itu terus buntu.
Penduduk mahu kawasan ladang ayam itu dipindahkan ke sebuah kawasan yang lebih sesuai serta jauh dari penempatan masyarakat.
Manakala, pihak pengurusan ladang berkenaan enggan mengalah kerana difahamkan ladang itu sudah berada di situ sebelum kawasan perumahan berkenaan dibangunkan lagi.
Pengerusi Persatuan Penduduk kawasan perumahan berkenaan, Mohamad Fitri Ramli, berkata isu loya bau najis terbabit sudah beberapa kali diajukan kepada pihak berkuasa.
“Malah, sehingga kini, banyak lawatan dan pemeriksaan dijalankan ke atas ladang itu, tetapi tiada kata sepakat mahupun jalan penyelesaian terhadap perkara terbabit.
Katanya, penduduk sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk najis ayam yang meloyakan dan menjadi lebih teruk setiap kali selepas hujan.
Lebih teruk lagi, katanya, bau najis itu turut dihidu beberapa taman berhampiran seperti Taman Saujana Utama, Taman Seri Pristana dan Sungai Buloh Country Resort.
“Malah, penggunaan sejenis cecair untuk menyahkan bau najis ayam juga tidak mampu untuk menghilangkannya dan penduduk tetap akan menghidu bau berkenaan selepas beberapa jam.
“Jalan penyelesaiannya ialah kawasan ladang itu dipindahkan jauh daripada kawasan perumahan kami,” katanya.
Menurutnya, Pejabat Daerah Kuala Selangor (PDKS) sudah menukarkan status tanah itu kepada pertanian dan ia diluluskan kerana tanah terbabit milik persendirian.
Katanya, sepatutnya syarat ketat dikenakan terhadap pemilik ladang itu termasuk menjaga kebersihan ladang dan sekitarnya dan tiada pencemaran udara.
“Bagaimanapun, pemilik ladang ternakan itu tidak mempedulikan syarat PDKS. Selain menghasilkan bau busuk yang membawa wabak penyakit, pemilik ladang juga mencemar alam sekitar,” katanya.
|
abdulazis on May 15 2009 19:30:01
0 Comments ·
20 Reads ·
|

| BIRO HAL EHWAL WANITA (HEW) |
Aktiviti Biro HEW
1. Poco-poco
2. Sambutan Hari Ibu 2009
3. Lawatan Sambil Belajar
click disini |
Fitri on May 06 2009 12:07:26
0 Comments ·
13 Reads ·
|
| MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) SURAU AL-HIDAYAH |
Assalamualaikum wrt wbt. Kepada semua muslimin/muslimat ahli kariah Desa Coalfields adalah dimaklumkan bahawa AGM akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 9.15 malam
Tempat: Surau Al-Hidayah Desa Coalfields
Laporan mesyuarat akan diedarkan selewatnya pada 6 Mei 2009 (Rabu). Datanglah beramai-ramai bagi menyokong serta memberikan pandangan bagi penambah-baikan surau kita.
Harap maklum, sekian terima kasih.
S/U Surau Al-Hidayah |
asrysan on May 03 2009 11:52:54
0 Comments ·
15 Reads ·
|

| Bengkel Teknik Pembelajaran Berkesan |
Satu bengkel teknik pembelajaran berkesan akan diadakan pada 24-Mei 2009 bertempat di BMDC. Bengkel ini merupakan kelolaan Biro Pendidikan yang dipengerusikan oleh En Fauzi Ibrahim.
Menurut beliau bengkel ini hanya terbuka kepada penduduk Desa Coalfields yang berumur diantara 10 hingga 17 tahun. Tambahnya lagi tiada bayaran yang dikenakan kepada anak Ahli DECOREAS untuk mengikuti bengkel ini. Bagi yang bukan ahli adalah RM 15.00 untuk seorang pelajar.
Sila sms atau hubungi 017-304 7149 bagi tujuan pendaftaran.
click disini |
Fitri on May 01 2009 01:18:10
0 Comments ·
26 Reads ·
|

| PENUKARAN STIKER KERETA |
28-April-2008, Persatuan Penduduk Desa Coalfields akan menukar stiker kereta yang sedia ada kepada stiker kereta yang baru bermula pada minggu depan.
Bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan stiker masing-masing, pemberian stiker akan diedarkan oleh ketua fasa masing-masing.
Setiap penduduk yang menyertai program kawalan keselamatan akan diberikan 2 stiker kereta secara percuma dan RM5.00 akan dikenakan untuk stiker ketiga dan seterusnya.
|
Fitri on May 01 2009 01:17:03
3 Comments ·
52 Reads ·
|
|