 |
| CADANGAN ACARA SUKANEKA DEWASA/REMAJA ATAU PASANGAN SUAMI/ISTERI |
Salam semua, cadangan ni mmg sengaja saya letak di ruangan `news' bagi memudahkan ahli membuat apa jua cadangan berkaitan jenis permainan/sukaneka yang bersesuain untuk dewasa/remaja hatta pasangan suami-isteri. Jika ada cadangan untuk kanak2 juga amat dialu-alukan. Setakat ini, ada beberapa jenis yang telah tersenarai namun mungkin ada cadangan yang lagi membina dari semua ahli. Pohon letak cadangan anda di ruangan komen untuk tindakan sewajarnya.
Acara kanak2 dibahagi kpd 3 kategori iaitu pra-sekolah, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Setiap kategori mengandungi 2 acara. Oleh itu, sebarang cadangan acara hendaklah mengambilkira peralatan yg mudah didapati, keselamatan dan keselesaan anak2 kita.
Antara acara yang dicadang ialah :
Kanak2
1) Bawa bola guna gelung
2) bawa bola pingpong guna bet
3) Isi air guna span
4) Bawa bola pingpong guna sudu dimulut
5) Baling bola masuk dalam bakul
6) Jalan berpegang pinggang (mcm keretapi)
7) Tolak gelung ikut susunan kon
8) Boling padang (guna buah kelapa)
Remaja/Dewasa
1) Timang bola takraw berkumpulan
2) Tarik tali
3) Lari dalam guni
Pasangan
1) Lari dengan kaki terikat
|
cupin on November 20 2008 09:40:07 ·
5 Comments ·
44 Reads ·
|

|
| KEMPEN KUTIPAN YURAN DECOREAS |
Kempen kutipan yuran akan dibuat tak lama lagi so kepada ahli yang masih mempunyai tunggakan yuran bulanan harap dapat ambil tindakan sewajarnya. Kaunter bayaran akan dibuka di Tomyam Sejati (tarikh akan diberitahu) dan slip jumlah tunggakan akan diedarkan. Harap ahli dapat tunaikan tanggungjawab. Persatuan adalah milik kita, justeru berilah kerjasama agar segala aktiviti dan program yang dirancang dapat dilaksana sebaik mungkin. Terima kasih |
cupin on November 19 2008 16:11:18
0 Comments ·
4 Reads ·
|

| PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON : DC VS KG MELAYU, SG BULOH |
Pihak Biro ingin menghebahkan aktiviti terbaru skuad Badminton DC. Setelah beberapa bulan bermain sesama rakan sendiri, mungkin dah tiba masanya untuk `test power'. Untuk tujuan itu, satu perlawanan persahabatan dengan Kg Melayu, Sg Buloh telah dirancang pada 22/11/2008 (Sabtu) pada pukul 9.00 malam di Sports Planet, Sg Buloh. Ini merupakan perlawanan persahabatan kali ke 2 setelah kecundang di tangan Kundang Jaya pada pertemuan terdahulu.
Kepada pembaca portal dan penduduk DC yang berminat untuk melihat pelbagai aksi menarik dan `tidak menarik', besarlah harapan agar dapat menghadirkan diri. Moga kehadiran anda semua mampu menyemarakkan semangat pemain-pemain untuk DC tercinta. |
cupin on November 16 2008 23:11:00
3 Comments ·
30 Reads ·
|

| PROGRAM PENAMBAHBAIKKAN PADANG DILAKSANA |
Seperti yang dicadangkan dan dihebah sebelum ini, gotong royong menambahbaik padang dengan membina garisan padang bola sepak telah dilaksanakan pada 16/11/2008 pada pukul 9.00 pagi. Biro Sukan terdiri dari Mr Cupin, Wan Zul dan Cikgu Fauzi, tetamu baru dari Fasa 1 (maaf terlupa nama), skuad bolasepak Remaja DC dan lain-lain telah hadir untuk menyiapkan tugas berkenaan. Bagaimanapun tugas berkenaan tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana terdapat takungan air di beberapa tempat dan penyambungan kerja akan dilakukan apabila keadaan padang mengizinkan.
Seperti biasa, program seperti ini tidak mampu menarik ramai orang untuk membantu meskipun ada beberapa nama yang dikatakan boleh hadir (mungkin ada ler tu alasan), maka pihak Biro Sukan mewakili DECOREAS menyeru penglibatan lebih ramai ahli ke aktiviti seumpama ini. Bersatu teguh untuk kepentingan masyarakat. |
cupin on November 16 2008 19:53:03
3 Comments ·
26 Reads ·
|

| REMAJA DC (4) - (1) REMAJA PENJARA SG BULOH |
Remaja DC telah mengadakan satu lagi program perlawanan persahabatan bolasepak dengan menentang skuad Remaja Penjara Sg Buloh. Perlawanan telah dilangsung pada 15/11/2008 pukul 9.00 pagi di Padang Awam DC. Biro Sukan mengucapkan syabas kepada skuad remaja dan diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi agar persembahan yang ditonjolkan lebih baik dari pertemuan ini. |
cupin on November 16 2008 19:43:44
0 Comments ·
1 Reads ·
|

| PENAMBAHBAIKKAN PADANG BOLA SEPAK - 16/11/2008 (8.00 PAGI) |
Biro Sukan akan membuat proses menambahbaik keadaan padang bolasepak di Desa Coalfields. Aktiviti ini hanya melibatkan proses membuat garisan untuk padang bolasepak. Ini bagi memberi lebih keselesaan kepada warga DC untuk beriadah memainkan permainan tersebut. Kepada warga Portal yang punya kelapangan masa, dijemput hadir untuk membantu. Untuk makluman, aktiviti ini tidak melibatkan banyak pihak dan yang dijangka hadir hanya AJK Biro Sukan dan pemain bolasepak remaja DC.
Harus diingatkan sekali lagi, tarikhnya ialah 16/11/2008 (Ahad) bermula pukul 8.00 pagi. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan yang berkemungkinan hujan maka program ini secara automatiknya terbatal.
Insya'Allah air minuman disediakan dan kepada yang berminat untuk berkongsi rezeki, besarlah harapan kiranya dapat membawa sedikit kuih-muih untuk dinikmati bersama. Sekian. |
cupin on November 12 2008 09:30:48
0 Comments ·
3 Reads ·
|
|
 |
| PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK |
Perlawanan persahabatan Bolasepak antara Remaja Desa Coalfields dan Sri Pristana telah diadakan pada 19/10/2008 di Padang Bolasepak Desa Coalfileds. Perlawanan telah diadakan pada pukul 9.00 pagi telah berlangsunng dengan semangat penuh muhibah. Syabas kepada pasukan remaja yang telah mengikat keputusan perlawanan 3-3. T
Terima kasih juga kepada En Mansor (Uncle Seeker) yang menjadi pengadil dan mengendalikan perlawanan dengan baik. |
cupin on November 12 2008 09:18:20
0 Comments ·
2 Reads ·
|

| SINAR HARIAN - BAU NAJIS TAIK AYAM |
Penduduk kurang selesa bau busuk
DESA COALFIELDS – Sebahagian penduduk di DC 2 di sini mengadu bau busuk yang didakwa berpunca daripada ladang ternakan ayam yang berhampiran kawasan perumahan mereka sehingga menyebabkan rasa kurang selesa di kalangan mereka.
Menurut seorang wakil penduduk, Nazri Hussain, pihaknya memohon pihak berwajib untuk menyelesaikan permasalahan ini yang berpunca daripada ladang ternakan ayam yang terletak di Batu 20 di sini.
“Masalah ini masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor beberapa kali memberi amaran kepada pihak pengurusan ladang tersebut untuk menggunakan bahan kimia yang dibenarkan bagi mengurangkan bau busuk.
“Namun arahan berkenaan sama sekali tidak berkesan atau mungkin tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pihak Ladang kerana bau tersebut hanya hilang selama seminggu sahaja selepas aduan dibuat dan bau tersebut datang semula selepas itu,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, bau busuk ini bukan sahaja mengganggu penduduk Desa Coalfields malahan turut mengganggu kawasan sekitarnya seperti di Saujana Utama, Puncak Alam dan Kompleks Penjara Sungai Buloh.
“Bau busuk yang bercampur aduk dengan najis dan bau semburan bahan kimia ini bukan sahaja mengganggu keselesaan penduduk tetapi boleh memudaratkan kesihatan penduduk sekitar kerana terdapat penduduk yang mengalami alahan, muntah-muntah dan sakit tekak,” katanya.
Tambahnya, penduduk di sini terutamanya kanak-kanak tidak dapat bermain dengan selesa sama ada di luar rumah atau di kawasan permainan dan terpaksa berkurung di dalam rumah.
“Keadaan ini boleh membantutkan pertumbuhan minda dan tumbesaran kanak-kanak berkenaan.
“Selain itu, anak-anak kami tidak dapat belajar dengan selesa kerana bau busuk tersebut datang tidak mengira masa, sama ada waktu subuh, siang dan malam dan boleh menjejaskan pembelajaran mereka,” katanya.
Tambahnya, penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah setiap hari manakala pakaian yang dijemur di ampaian turut berbau busuk hingga terpaksa menjemur pakaian di dalam rumah.
“Jika dibiarkan berlanjutan kemungkinan ia boleh menjejaskan kualiti kesihatan penduduk dalam masa jangka panjang terutamanya kanak-kanak. Perkara ini harus dipandang serius oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk .
“Kami merayu dan memohon agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang lebih agresif dengan penuh amanah dan tanggungjawab dengan menutup dan memindahkan ladang tersebut ke tempat yang lebih,” katanya lagi. |
sh33da on November 07 2008 09:04:40
4 Comments ·
58 Reads ·
|

| PERLANTIKAN AJK DECOREAS |
2-11-2008 Desa Colafields. Hasil daripada mesyuarat AJK DECOREAS semalam, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik beberapa muka baru sebagai AJK DECOREAS bagi memantapkan lagi DECOREAS di dalam memperjuangkan isu-isu yang di hadapi oleh penduduk Desa Coalfields.
DECOREAS mengucapkan tahniah di atas perlantikan En Shahran DC2 selaku Pengerusi Biro Keselamatan . diharap perlantikan ini akan dapat memantapkan lagi DECOREAS. Tahniah.
Perhatian: Atas sebab-sebab tertentu En Morni Tidak dapat menerima perlantikan beliau sebagai T.Pengerusi II. Post tersebut masih lagi kosong |
Fitri on November 03 2008 12:37:30
7 Comments ·
91 Reads ·
|

| Gathering Portal Members Berlangsung Dengan Jaya |
Gathering untuk Portal Members telah sempurna diadakan pada 2/11/2008 di tempat dan waktu yang telah ditetapkan. Banyak makanan yang kawan2 kita bawa... ada bee hoon, ayam goreng, kuih-muih dan buah-buahan. Sampai tak larat nak habiskan... terima kasih yang sudi bersedekah.. moga murah rezeki...lain kali bawa lagi.
Meskipun ramai yang tidak dapat hadir atas alasan tertentu (walaupun pada awalnya dah setuju) namun majlis berkenaan telah berlangsung dengan baik dan pastinya hubungan silaturrahim akan terus terjalin dengan adanya aktiviti seperti ini.
Moga kita dapat beraktiviti seperti ini di masa akan datang... terima kasih dari AJK Decoreas kepada semua.
(sila lihat gambo² dan aksi² di photo gallery semasa sessi kelas dan makan berlangsung) |
cupin on November 03 2008 09:59:15
10 Comments ·
95 Reads ·
|

| Ahli Parlimen Kuala Selangor Bertandang ke DC |
Semalam iaitu 16/10/2008, YB Dr Zulkifli (ahli Parlimen KS) bersama beberapa orang pengiring telah bersembahyang bersama jamaah muslim di Surau Al-Hidayah DC. Beliau sempat memberi tazkirah di surau dan seterusnya meluangkan masa menghadiri tahlil di Taska Sri Meranti.
Sehubungan dengan itu, saya mengambil inisiatif bersama En Jai mengambil kesempatan untuk meluangkan sedikit masa sekitar 30 minit bersama YB bagi mengenengahkan masalah2 yang masih membelenggu penduduk di DC. Isu bau najis ayam , sekolah dan prasarana lain merupakan topik utama yang dibincangkan. YB, menegaskan, isu sekolah telah 2 kali di bawa ke Parlimen manakala kemudahan sukan akan di ambil tindakan segera melalui Pegawai Khas YB iaitu En Maskor Tumiran. YB turut menjemput semua penduduk DC ke sambuatan Hari Raya yang akan diadakan pada 19/10/2008 di perkarangan Pejabat Khidmat Rakyat, Ahli Parlimen K. Selangor di Taman Bendahara (berhampiran Balai Polis). Terima kasih atas keprihatinan YB yang dilihat cukup mesra dan begitu prihatin mendengar keluhan penduduk DC.
Jusuh (Biro Sukan)
|
cupin on October 17 2008 15:29:54
0 Comments ·
7 Reads ·
|
|
|  |