 | Navigation |  |
 | Users Online |  |
 |
Guests Online: 2
No Members Online
Registered Members: 62
Unactivated Members: 0
Newest Member: Fieza
|  |  |  |  |
|
 | Welcome |  |
 | News |  |
 |
| PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA SELANGOR |
PEMBERITAHUAN
Kepada semua pemilik tanah di daerah Kuala Selangor, adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Selangor akan mengadakan kutipan cukai tanah/tunggakan secara bergerak ditempat tuan, masa dan tarikh adalah seperti berikut:
Tarikh: 24-8-2008
Hari :Ahad
Masa : 10.00 pg - 4:00 ptg
Tempat: Central Mart, Saujana Utama
Sila tunaikan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan menbayar cukai tanah dan tunggakan bagi mengelak daripada diambil tindakan dibawah Seksyen 97 hingga Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965. Sekian, terima kasih.
ARAHAN
b.p Pentadbir Tanah/Daerah Kuala Selangor
* sila bawa bil lama atau salinan surat hakmilik jika tidak menerima bil semasa.
|
Fitri on August 21 2008 01:56:19 ·
3 Comments ·
12 Reads ·
|
|
| BERITA BERKENAAN BAU NAJIS AYAM |
Pagi ini beberapa ahli majlis MDKS telah melawat ladang ayam bagi melihat sendiri keadaan di situ. lawatan ini di ketuai oleh Dr M. Raken a/l Marimuthu selaku ahli majlis kawasan ijok. Lawatan ini adalah hasil aduan daripada saya(DECOREAS) kepada beliau beberapa minggu lalu. Selain itu masalah Sekolah juga diadukan kepada beliau.
DECOREAS mengucapkan terima kasih kepada Dr M. Raken a/l Marimuthu kerana mengambil berat berkenaan pekara ini. Beliau sedang berusaha unutk mengadakan mesyuarat bersama (DECOREAS, Pengusaha Ladang Ayam dan Beliau sendiri) bagi mencari jalan penyelesaian.
|
Fitri on August 14 2008 13:40:21
3 Comments ·
41 Reads ·
|

| PEMBUKAAN PUSAT PEMBAYARAN CUKAI TANAH DI BALAI MASYARAKAT DESA COALFIELDS |
| Unit hasil Pejabat Tanah akan membuka kaunter pembayaran cukai tanah di BMDC pada 24/8/2008. Pembukaan kaunter ini adalah bagi memudahkan pembayar cukai membayar cukai tanah masing masing. Di harap Tuan/Puan mendapat manafaat daripada pembukaan kaunter ini. |
Fitri on August 14 2008 13:34:04
2 Comments ·
22 Reads ·
|
| FORUM `BICARA ZAKAT' |
A'kum wmt wbt...
Dimaklumkan forum `Bicara Zakat' akan diadakan pada 15/8/2008, selepas solat maghrib. Forum yang julung kalinya diadakan di Surau Al-hidayah akan dikendalikan oleh seorang moderator dan 2 orang ahli panel termasuk Ustaz Uda Kasim. Majlis akan diselangselikan dengan nasyid oleh anak didik Kumpulan Hijaz.
9 buah khemah (termasuk 1 khemah pentas) akan dipasang dan jamuan ringan akan disediakan.
Muslimin/muslimat dijemput hadir dan sampaikan pada yang lain. Tkasih. |
asrysan on August 13 2008 12:23:45
0 Comments ·
6 Reads ·
|

| PENGGUNAAN STIKER KERETA |
| Ekoran daripada beberapa insiden jenayah yang berlaku di desa coalfields, DECOREAS bercadang akan mewajibkan semua penduduk menampal stiker kereta bagi tujuan keselamatan. Bagi penduduk yang enggan berbuat demikian, mereka perlu mengisi borang keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke desa coalfields. Saya berharap cadangan ini mendapat maklum balas daripada anda semua melalui forum yang telah saya create. sekian |
Fitri on August 11 2008 12:37:44
5 Comments ·
60 Reads ·
|
| PERLAWANAN PERSAHABATAN |
Perlawanan persahabatan Badminton dan Futsal dengan team Kundang Jaya akan diadakan pada 22/08/08, Jam 9 Malam di Sport Planet Sungai Buloh. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan DC sila berikan nama pada :
1) En Jusuh Cupin (019 2626400)
2) Wan Zul (019 2775726)
3) Morni - Captain Badminton- (012 5593621)
4) Ku Azhar - Captain Futsal (019 2635334) |
Fitri on August 11 2008 03:20:46
0 Comments ·
7 Reads ·
|
|
 |
| CERAMAH USTAZ GHANI SHAMSUDDIN |
Assalamualaikum...
Ceramah oleh Ustaz Ghani Shamsuddin, seorang pendakwah bebas di Surau Al-Hidayah Desa Coalfields pada 9/8/2008 (Sabtu), selepas solat Maghrib.
Muslimin/muslimat jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis ilmu ini. Terima kasih. |
asrysan on August 08 2008 14:32:36
0 Comments ·
7 Reads ·
|
| CERAMAH ISRAK MIKRAJ |
Assalamualaikum wmt wbt.
Makluman, Surau Al-Hidayah Desa Coalfields akan mengadakan ceramah Isra' Mi'raj pada 3/8/2008 (Ahad), selepas solat Maghrib. Penceramah jemputan adalah Ustaz Halim Din, Pegawai Agama dari Jabatan Agama Islam Selangor.
Muslimin/muslimat dijemput hadir dan maklumkan kepada sahabat2/jiran yang lain. Tkasih. |
asrysan on August 01 2008 02:29:44
0 Comments ·
9 Reads ·
|
| CERAMAH PERDANA DATO' DR HASAN ALI |
A'kum wmt wbt. Dimaklumkan YB Dato' Dr Hasan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat2 Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan mengadakan lawatan kerja serta menyampaikan ceramah perdana bertajuk `Pembangunan Dari Perspektif Islam' di Surau Al-Hidayah Desa Coalfields pada 14/7/2008 (isnin) selepas solat Maghrib.
Harap muslimin/muslimat tidak melepaskan peluang ini. |
asrysan on July 10 2008 12:15:09
0 Comments ·
18 Reads ·
|

| STATISTIK & KEPUTUSAN PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP DC 2008 |
Statistik & Ringkasan Keputusan Pertandingan Badminton Tertutup DC, 2008 yang telah diadakan pada 06/07/2008 adalah seperti berikut :
Jumlah Penyertaan : 24
Pecahan Regu : 12
Jumlah Kumpulan : 4
Jumlah Permainan : 7 (termasuk Final)
Jumlah Jam Permainan : 12 jam
Kedudukan Peringkat Liga
1. Team B (6 mata)
2. Team C (6 mata)
3. Team A (6 mata)
4. Team D (0 mata)
* Team B & C layak ke Final berdasarkan kelebihan set menang
Final :
Team B (2) vs Team C (1)
Pemain Team B :
- Syed Fadzil (C)
- Salimi
- Azri Azalli
- Mahazan Shukor
- Khairulnizam (Bob)
- Mohd Shohaimi
Kedudukan :
Juara : Team B
Ke 2 : Team C
Ke 3 : Team A
Tahniah kepada semua yang menjayakan dan memberi sokongan kepada kejayaan pertandingan ini.
Jusuh/Wan Zul/Fauzi (Biro Sukan) |
cupin on July 08 2008 16:43:49 ·
|

| TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK BAGI SKIM KHAIRAT KEMATIAN |
Dimaklumkan bahawa sesiapa yang ingin turut serta dalam khairat kematian secara Pelan Takaful Keluarga Berkelompok dengan Syarikat Takaful Malaysia Bhd, maklumat berkaitan skim ini adalah seperti berikut:
Yuran keahlian seumur hidup adalah RM20.00
Yuran tahunan adalah sebanyak RM24.00 setahun @ RM2.00 sebulan.
Tempoh takaful sedia ada adalah dari 2/10/2007 hingga 1/10/2008.
Kemasukan terbuka sepanjang tahun.
Contoh pengiraan sekiranya tuan/puan jadi ahli pada 1/7/2008, yuran takaful yang dikira secara `pro-rate’ adalah:
1/7/08 – 31/7/08 = 1 bulan
1/8/08 – 31/8/08 = 1 bulan 3 bulan
1/9/08 – 1/10/08 = 1 bulan
Jumlah bayaran:
Yuran takaful = RM2 x 3 bulan = RM6.00 (`pro-rate’)
Yuran ahli = RM20.00 (yuran seumur hidup)
Jumlah bayaran= RM26.00
Maklumat lanjut boleh didapati pada borang takaful. Sila hubungi ketua jalan masing-masing atau setiausaha (019-3131177) bagi urusan / penyerahan borang atau sebarang pertanyaan.
borang boleh didapati di Surau |
Fitri on July 03 2008 13:06:00
0 Comments ·
21 Reads ·
|
|
|  |  |  |  |
|
 | Login |  |
 |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|  |  |  |  |
 | Shoutbox |  |
 | Forum Threads |  |
 | Member Poll |  |
|